GUA MUSANG, 2 JUN: Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalang Gua Musang – Lojing di sini pagi tadi, teruja dan tidak sabar menanti kelahiran anak kembar selepas sembilan tahun menunggu.
GUA MUSANG, 2 JUN: Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.
MELAKA, 2 JUN: Seorang pekerja kedai serbaneka yang sarat mengandung anak kedua maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taming Sari di sini dalam kejadian sekitar 7.20 malam semalam.
JOHOR BAHRU, 1 JUN: Tiga individu maut selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam longkang di kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan di sini hari ini.
IPOH, 31 MEI: Sebanyak 10 individu termasuk pemandu bas mengalami kecederaan apabila bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori tangki di Kilometer (KM) 290.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.
JERTIH, 29 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja, dekat sini hari ini.
KUANTAN, 28 MEI: Seorang pemandu bas ekspres cedera manakala 37 penumpang terselamat selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) awal pagi tadi.
IPOH, 25 MEI: Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 262.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Sabak Bernam menghala ke Changkat Jering di Taiping malam tadi.
KOTA BHARU, 1 MEI: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 35 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, malam tadi.
KUANTAN, 21 APRIL: Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
ALOR SETAR, 13 APRIL: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Permatang Kerat Telunjuk dekat Bandar Baharu, malam tadi.
KOTA TINGGI, 13 APRIL: Seorang ibu bersama bayi perempuannya berusia tiga bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Tanjung Balau–Bandar Penawar berhampiran Taman Sri Penawar di sini semalam.
IPOH, 12 APRIL: Seorang lagi warga Bangladesh yang terbabit nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam meninggal dunia hari ini, menjadikan keseluruhan empat mangsa maut setakat ini.
IPOH, 11 APRIL: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.
KUANTAN, 11 APRIL: Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu.
IPOH, 11 APRIL: Hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.
KAMPAR, 10 APRIL: Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 10 APRIL: Gara-gara brek tidak berfungsi, sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu di sini semalam.
KOTA KINABALU, 6 APRIL: Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.